Setinggi-Tinggi Tahniah kepada YBhg. Dato’ Syazly Syah Bin Kamarudin atas Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Pahang
Pihak Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga kerja Bumitech Global Energy Sdn Bhd dengan penuh rasa bangga dan sukacita merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YBhg. Dato’ Syazly Syah Bin Kamarudin, Ketua Pegawai Eksekutif Bumitech Global Energy Sdn Bhd, atas pengurniaan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P.) yang membawa gelaran Dato’.
Pengurniaan darjah kebesaran ini adalah bersempena dengan Memuliakan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.
Pengiktirafan yang penuh bermakna ini merupakan suatu penghormatan dan kebanggaan buat seluruh warga Bumitech Global Energy Sdn Bhd, di samping menjadi inspirasi untuk terus memperkukuh komitmen terhadap kecemerlangan, integriti dan profesionalisme dalam setiap aspek perkhidmatan syarikat.
Semoga pengurniaan ini menjadi pemangkin kepada kejayaan yang lebih gemilang serta menyuntik semangat kepada seluruh warga kerja untuk terus menyumbang bakti kepada industri, masyarakat dan negara.
Sekalung tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan.
Ikhlas daripada,
Pengurusan Tertinggi dan Seluruh Warga Kerja
Bumitech Global Energy Sdn Bhd
